KAMI si bini pemandu teksi

2013/03/27

mg dlm baki 800 ade terselit nama ayah UMAR hendaknye...



Diskaun RM5,000 beli teksiNajib bergambar bersama pemandu teksi pada Majlis Janji Ditepati – Pemberian Lesen Teksi Individu, di Putrajaya, semalam.
1,000 terima lesen individu, SPAD lancar baucar TR1MA

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian lesen teksi kepada 1,000 individu terpilih sempena Majlis Janji Ditepati – Pemberian Lesen Teksi Individu di sini, semalam.

Perdana Menteri turut umum pemberian geran RM5,000 kepada individu terbabit menerusi Yayasan Rakyat 1Malaysia di bawah naungan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), khusus bagi membeli PROTON Exora sebagai teksi baru. 
“Dengan adanya geran ini, 1,000 pemilik lesen teksi berkenaan hanya perlu bayar RM59,000 untuk membeli seunit PROTON Exora berbanding nilai sebenar RM64,000. 


“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melancarkan baucar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) 2.0 bernilai RM520 bagi membolehkan lebih 76,000 pemandu teksi di seluruh negara menukarkan keempat-empat tayar kenderaan masing-masing,” katanya.

Hadir sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismail Mohamed Kamal. 

Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 10,000 pemandu teksi dan kereta sewa dari seluruh negara yang berhimpun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Bai’ah kepada kerajaan 
Perdana Menteri kemudian menyerahkan 200 lesen individu kepada pemandu teksi bajet terpilih, manakala bakinya akan diagihkan SPAD.

Beliau berkata, pemilik teksi terbabit juga akan dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA2. 

“Pengumuman ini adalah satu lagi janji ditepati kerajaan. Apa yang saya janji... saya janjikan pemandu teksi bahawa lesen akan datang akan diberikan kepada individu. 

“Kita tidak nafikan, syarikat juga memberi pekerjaan kepada pemandu kita, tetapi saya tahu ada yang mengeksploitasi pemandu teksi seakan-akan sistem perhambaan zaman moden,” katanya.

Sebagai balasan, Perdana Menteri meminta pemandu teksi yang menerima geran itu supaya memberikan bai’ah kepada kerajaan untuk menjadi pemandu bersopan, amanah dan jangan lupa budi kerajaan bila sampai masanya.

No comments:

Post a Comment